Suzuki sebelum ini memperkenalkan model skuter Suzuki Address 125 2023 dan Suzuki Avenis 125 2023 untuk pasaran Eropah. Sebuah lagi model skuter terbaharu yang turut diperkenalkan ialah Suzuki Burgman Street 125EX 2023, tampil dalam tiga pilihan warna iaitu Pearl Moon Stone Grey, Pearl Mirage White dan Metallic Matt Black. Model tersebut juga dilengkapi enjin 124cc.
Prestasi yang ditawarkannya ialah 8.6PS @ 6,500rpm, dengan tork 10Nm @ 5,500rpm. Ciri-ciri menarik yang disediakannya adalah seperti meter digital LCD, kompatmen depan tertutup dengan pengecas USB, ruang storan di bawah tempat duduk 21.5 liter, brek cakera depan, tinggi tempat duduk 780 mm, tayar tanpa tiub dengan rim bersaiz 12 inci, dan kapasiti tangki bahan api 5.5 liter.