Suzuki V-Strom 1050 2023 diperkenalkan dengan naik taraf terkini, tersedia dalam empat pilihan warna

Suzuki memperkenalkan model adventure Suzuki V-Strom 1050 2023, yang kini telah menerima beberapa naik taraf terkini yang lebih menarik. Pilihan warna yang ditawarkan empat kesemuanya iaitu Metallic Reflective Blue / Metallic Matt Black, Candy Daring Red / Metallic Matt Black, Glass Matt Mechanical Grey / Metallic Matt Black dan Glass Sparkle Black / Metallic Matt Black.

Untuk musim 2023, Suzuki V-Strom 1050 kini dilengkapi panel instrumen TFT terbaharu 5.0 inci, Bi-directional Quick Shift System (QS), naik taraf kerangka twin-spar aluminium yang kini lebih kukuh dan lebih ringan, sistem lampu LED sepenuhnya, dan termasuklah cowl enjin di bahagian bawah berwarna hitam terbaharu. Rangkaian teknologi canggih Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.) yang melengkapi Suzuki V-Strom 1050 2023 ini pula adalah seperti mana berikut :

  • Six-axis IMU
  • Lean angle-sensitive ABS with two sensitivity modes
  • Slope-dependent control
  • Load-dependent control
  • Hill hold
  • Linked brakes
  • Cruise control
  • Three power modes
  • Three traction control settings

Di bahagian enjin, ianya bersesaran 1,037cc (4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 90˚ V-Twin) dengan padanan sistem transmisi enam kelajuan. Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 107.4PS @ 8,500rpm, dengan tork maksimumnya 100Nm @ 6,000rpm. Sebagai sebuah model adventure berprestasi tinggi dan lasak, Suzuki V-Strom 1050 dibekalkan tangki bahan api dengan kapasiti 20 liter, untuk pergi sejauh mungkin ke mana sahaja sebelum ianya perlu diisi semula.

Melengkapkan spesifikasi pada model tersebut ialah fork depan terbalik, suspensi belakang monoshock, brek cakera depan dan belakang, tayar depan bersaiz 110/80-R19, tayar belakang bersaiz 150/70-R17, tinggi tempat duduk 855 mm, jarak kelegaan bumi 165 mm, dan berat 242 kg (kerb mass). Untuk anda, saksikan galeri gambar-gambar menariknya seperti mana di bawah.