Selain daripada model standard Honda CRF1100L Africa Twin 2023, jentera kembara Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports 2023 turut menerima satu pilihan warna terbaharu di pasaran Eropah. Pilihan warna itu ialah Mat Iridium Gray Metallic, yang kini ditawarkan bersama-sama pilihan warna sebelumnya iaitu Pearl Glare White Tricolour.
Berbanding Honda Africa Twin versi standard, Honda Africa Twin versi Adventure Sports hadir dengan beberapa ciri yang berbeza. Antaranya model tersebut mempunyai pilihan sistem suspensi canggih SHOWA EERA, kapasiti tangki bahan api lebih besar sehingga 24.8 liter, dan tambahan sepasang lampu Cornering Lights di bawah lampu utamanya.
Spesifikasi enjin adalah sama, iaitu bersesaran 1,084cc (SOHC, liquid-cooled, 4-stroke, 8-valve Parallel Twin with 270° crank and Uni-cam) dan patuh piawaian Euro 5, dengan keluaran kuasa maksimum 100.5hp @ 7,500rpm dan tork setinggi 105Nm @ 6,250rpm. Dua pilihan sistem transmisinya ialah manual enam kelajuan atau DCT enam kelajuan.
Honda Africa Twin Adventure Sports 2022 turut mempunyai kelengkapan unit IMU (six-axis Inertial Measurement Unit) yang mengawal mod tunggangan (Tour, Urban, Gravel, Off-Road, User 1 & 2), HSTC (Honda Selectable Torque Control), Cornering ABS (with off-road setting), Wheelie Control, Rear Lift Control dan juga DCT cornering detection.
Jentera penjelajah jarak jauh itu seterusnya dilengkapi skrin sesentuh 6.5 inci TFT MID (Multi Information Display) berwarna sepenuhnya, dengan sambungan teknologi Apple CarPlay, Bluetooth dan Android Auto. Sistem lampu semuanya LED, termasuklah lampu DRL (Dual LED Daytime Running Lights) yang meningkatkan tahap keselamatannya.
Spesifikasi lain yang melengkapi jentera tersebut ialah soket pengecas USB, Auto Turn Signal Cancel, sistem Cruise Control, Emergency Stop Signal, sistem brek cakera ABS dengan ciri “selectable ABS MODE with on-road and off-road setting”, tayar depan dan belakang bersaiz 90/90-R21 dan 150/70-R18, dan tinggi tempat duduk 850 / 870 mm.