Model moped popular Honda RS-X 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia dalam bulan November yang lepas, dengan harga jualan asas sebanyak RM 8,688.00 sahaja. Pada tahun 2022 ini bagaimanapun harganya telah meningkat baru-baru ini, setelah tamatnya pengecualian duti eksais 100 peratus yang berakhir pada tarikh 31hb. Disember 2021.
Namun begitu pihak Boon Siew Honda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kenaikan harga tersebut, sebaliknya maklumat mengenai perkara berkenaan hanya diperolehi daripada pihak wakil penjual sahaja. Tanpa maklumat rasmi daripada pihak Boon Siew Honda, jadi ramai yang tertanya-tanya berapakah harga sebenarnya.
Jadi berapakah harga sebenar Honda RS-X bagi musim 2022 pada ketika ini? Akhirnya setelah merujuk kepada majalah permotoran tempatan terkenal iaitu Roda-Roda melalui laman Facebook rasmi mereka, harga jualan asas untuk Honda RS-X 2022 pada ketika ini adalah sebanyak RM 9,550.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Ini bermakna kenaikan harga untuk model tersebut berbanding harga jualan sebelum ini adalah sebanyak RM 862.00 sahaja, boleh dikatakan tidak terlalu tinggi. Jadi bagi anda yang mungkin mahu membeli Honda RS-X selepas ini, harus tahu inilah harga asasnya yang terkini. Pada pendapat anda, adakah harga terbaharu ini masih lagi berpatutan?
Sumber : Roda-Roda FB