Honda Winner X 2022 versi facelift terbaharu telah pun dilancarkan di pasaran Vietnam pada bulan Disember 2021 yang lepas. Berbanding model Honda RSX yang ditawarkan di pasaran Malaysia, Honda Winner X 2022 tampil dengan cover set serba baharu yang lebih sporty, termasuklah lampu signal depan rekaan baharu jenis terbina dalam.
Melihat kepada penampilan keseluruhannya, sudah tentu cover set lengkap milik Honda Winner X 2022 itu amat dinanti-nantikan oleh pemilik Honda RSX di pasaran Malaysia. Namun oleh kerana ianya baru saja dilancarkan di pasaran Vietnam, kemasukan cover set model tersebut ke pasaran Malaysia mungkin mengambil masa yang agak lama.
Bagaimanapun berita baiknya ialah Speedway Motorsport Centre / SPD RACING yang beralamat di Taman Tangling, Simpang Ampat, Pulau Pinang, kini telah mempamerkan model custom terbaharu mereka iaitu Honda Winner X V3 2022 HRC Limited, dengan menggunakan cover set lengkap milik Honda Winner X 2022, dalam versi Tricolor.
Adakah ini bermakna cover set lengkap Honda Winner X 2022 seperti mana di pasaran Vietnam kini telah pun berada di pasaran Malaysia, dan bersedia untuk dipasang pada model Honda RSX? Mungkin selepas ini ramai pemilik Honda RSX akan menggunakan cover set baharu tersebut, dan siapa pula akan setia dengan cover set Honda RSX?
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi Speedway Motorsport Centre / SPD RACING. Sementara itu, lihat dahulu gambar-gambar menarik dalam galeri di bawah.