Model touring kelas pertengahan Kawasaki Versys 650 2022 versi terbaharu baru saja diperkenalkan, kini tampil berwajah baharu mirip model yang lebih besar iaitu Kawasaki Versys 1000. Untuk melihat perbezaan yang lebih jelas di antara Versys 650 2022 dan model sebelumnya Versys 650 2021, anda boleh melihatnya dalam galeri di bawah.
Month: December 2021
Yamaha YZF-R15 Version 4.0 2021 dilancarkan di pasaran Indonesia, harga jualan bermula dari RM 11,398.13
Yamaha di pasaran Indonesia pada hari ini dengan rasminya melancarkan model sport bike Yamaha YZF-R15 Version 4.0 (V4) 2021 serba baharu. Model tersebut sebelum ini dilancarkan buat pertama kalinya di pasaran India, dan kini pasaran Indonesia menjadi negara kedua yang menerima kedatangan model dengan pelbagai ciri canggih itu.
Benelli TRK 251 2021 dengan tiga pilihan warna baharu tiba di pasaran Malaysia, enjin kini patuh piawaian emisi Euro 5
Jentera touring Benelli TRK 251 2021 kini tampil dalam tiga pilihan warna baharu untuk pasaran Malaysia iaitu Yellow, Grey dan Black. Harga jualannya pula dijangkakan kekal sama seperti model tahun sebelumnya iaitu RM 14,688.00 (harga asas, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan), masih lagi berpatutan dan mampu milik.



