Salah sebuah model touring terbaharu yang mendapat perhatian ramai sejak awal tahun ini ialah Harley-Davidson Pan America 2021. Untuk pasaran Malaysia, model berkenaan boleh dimiliki dengan harga jualan bermula dari RM 99,900.00 sahaja. Namun bagaimana pula jika terdapat versi lain dengan harga lebih mampu milik, adakah anda berminat?
Month: October 2021
Yamaha YZF-R1 World GP 60th Anniversary Edition 2022 tampil lebih sporty, harga $18,099 di pasaran USA
Untuk pasaran Eropah dan USA, Yamaha baru-baru ini telah memperkenalkan tiga buah model istimewa yang tampil dalam skim warna bersejarah World GP 60th Anniversary Edition. Ketiga-tiga model itu ialah Yamaha YZF-R3, Yamaha YZF-R7 dan Yamaha YZF-R1. Sebuah lagi model iaitu Yamaha YZF-R125 hanya eksklusif untuk pasaran Eropah.
Suzuki Belang R150 FI 2022 akan tiba di pasaran Malaysia, berapakah harga jualan yang bakal ditawarkan?
Setelah lama menanti, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. pada bulan September 2021 baru-baru ini secara rasminya telah mengumumkan ketibaan model moped Suzuki Belang R150 FI 2022 untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun pelancaran rasmi model berkenaan hanya akan berlangsung pada akhir tahun ini, atau selewat-lewatnya pada awal tahun depan.
QJ Motor dan Benelli dijangka bakal melancarkan model adventure terbaharu dengan enjin 650cc V-Twin
Syarikat pengeluar motosikal dari China iaitu Zhejiang Qianjiang Motorcycle Co., Ltd. kini dikatakan bakal melancarkan sebuah model motosikal adventure terbaharu dengan enjin 650cc V-Twin. Maklumat berkenaan telah terdedah baru-baru ini melalui lakaran imej dan pendaftaran paten yang dilakukan oleh syarikat induk kepada QJ Motor dan Benelli itu.
Kawasaki Ninja 650 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah, terima kemaskini warna baharu
Menjelang tibanya musim baharu pada tahun depan, Kawasaki Ninja 650 2022 kini rasmi diperkenalkan di pasaran Eropah dengan kemaskini warna terbaharu. Ketiga-tiga pilihan warna yang menarik dan sporty itu ialah Lime Green / Ebony / Pearl Blizzard White, Pearl Robotic White / Metallic Carbon Gray dan juga Metallic Matte Graphenesteel Gray.
MotoSuper Advisa 150 muncul di pasaran China, adakah spesifikasinya lebih baik daripada Honda ADV150?
Model skuter adventure Honda ADV150 diperkenalkan buat pertama kali untuk pasaran Indonesia pada tahun 2019 yang lalu. Model tersebut ternyata sangat popular kerana reka bentuknya yang sporty, di samping ciri-ciri menarik yang ditawarkan. Sehingga kini Honda ADV150 telah dilancarkan di banyak pasaran global termasuklah di pasaran Malaysia.






