Model skuter popular Honda PCX150 telah pun ditamatkan pengeluarannya, dan telah digantikan dengan model generasi baharu Honda PCX160. Namun begitu untuk pasaran China, Honda PCX150 masih lagi hidup dengan semangat baharu apabila tampil sebagai model Ybhoonda PCX150 2021, sangat mirip jika dibandingkan antara kedua-duanya.
Month: October 2021
Kawasaki Ninja ZX-10R 2022 tampil dengan pilihan warna baharu di pasaran USA, harga bermula dari $16,899
Model superbike berkuasa tinggi Kawasaki Ninja ZX-10R 2022 di pasaran USA kini tampil dengan pilihan warna terbaharu, yang dikenali dengan nama Metallic Matte Graphenesteel Gray / Metallic Diablo Black. Warna terbaharu itu ditawarkan bersama-sama pilihan warna terdahulu Lime Green / Ebony / Pearl Blizzard White, atau dikenali sebagai KRT Edition.
MV Agusta Brutale 1000 Nürburgring 2021 diperkenalkan, edisi terhad 150 unit, harga bermula dari RM 192,337.98
MV Agusta baru-baru ini rasmi memperkenalkan sebuah model terbaharu iaitu MV Agusta Brutale 1000 Nürburgring 2021, dalam edisi terhad 150 unit sahaja. Harganya bermula dari 39,900 Euro, bersamaan RM 192,337.98 mengikut kadar semasa. Kesemua unit model tersebut memiliki nombor siri masing-masing di sebelah sisi kanan air intake (XXX / 150).
Yamaha 125Z berharga RM 90,000.00 untuk pemberani kental
Menurut laporan daripada akhbar Kosmo kelmarin, sebuah model Yamaha 125Z keluaran 1998 – 1999 ingin dijual pada harga yang cukup luar biasa iaitu sebanyak RM 90,000.00. Harga jualan yang ditetapkan itu telah menyebabkan motosikal berkenaan menjadi tular di dalam laman sosial sejak semalam, dan menerima pelbagai reaksi daripada pembaca.
Honda CB1100 EX Final Edition dan CB1100 RS Final Edition 2021 diperkenalkan sebagai model terakhir di pasaran Jepun
Honda CB1100 kini sudah pun sampai ke versi yang terakhir di pasaran domestik Jepun, melalui pelancaran dua model Honda CB1100 EX Final Edition 2021 dan Honda CB1100 RS Final Edition 2021. Bagi model EX, ianya akan berada di pasaran Jepun mulai tarikh 25 November 2021, manakala model RS akan tiba lebih awal iaitu pada 28 Oktober […]
Dengan bantuan daripada Kawasaki, adakah Super Moped Modenas akan menjadi kenyataan akhirnya?
Antara berita menarik mengenai Modenas baru-baru ini ialah syarikat pengeluar motosikal tempatan itu telah pun dilantik sebagai pengedar rasmi Kawasaki di pasaran Malaysia, melalui anak syarikat Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS). Pelantikan berkenaan secara tidak langsung telah memberikan harapan baru kepada model Super Moped Modenas.





