Ybhoonda PCX150 2021 muncul di pasaran China, skuter klon yang tampil mirip model Honda PCX150

Model skuter popular Honda PCX150 telah pun ditamatkan pengeluarannya, dan telah digantikan dengan model generasi baharu Honda PCX160. Namun begitu untuk pasaran China, Honda PCX150 masih lagi hidup dengan semangat baharu apabila tampil sebagai model Ybhoonda PCX150 2021, sangat mirip jika dibandingkan antara kedua-duanya.

Ybhoonda PCX150 dikuasakan enjin bersesaran 150cc (single cylinder, 4 stroke, water-cooled, EFI) yang dipadankan dengan transmisi automatik V-belt, dengan keluaran kuasa maksimum 14.75hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 9.5Nm @ 8,000rpm. Tangki bahan apinya pula mempunyai kapasiti sebesar 10 liter untuk jarak perjalanan yang lebih jauh.

Ybhoonda PCX150 seterusnya dilengkapi fork depan teleskopik, suspensi belakang jenis berkembar, brek depan cakera, panel meter digital, sistem lampu LED, dan rim aluminium depan dan belakang bersaiz 14 inci. Oleh kerana ianya diiklankan di dalam laman jual beli Alibaba, Ybhoonda PCX150 2021 ini bersedia untuk dieksport ke pasaran luar negara.