Jentera superbike BMW S 1000 RR merupakan salah sebuah model motosikal idaman ramai di seluruh dunia. Namun disebabkan harganya yang mencecah RM 116,500.00 di pasaran Malaysia, tidak semua peminat mampu memilikinya. Begitu juga dengan model lebih premium BMW M 1000 RR yang ditawarkan dengan harga asas RM 249,500.00.
Bagaimanapun untuk para peminat tegar yang mahu merasai pengalaman hampir sama memiliki sebuah superbike BMW S 1000 RR, mungkin boleh mempertimbangkan model replikanya yang tampil hampir sama. Sebenarnya model replika berkenaan mempunyai rekaan dan penampilan yang begitu mirip dengan model asli dan agak sukar dibezakan.
Pengeluar model replika BMW S 1000 RR dari China itu mungkin merupakan pengeluar yang sama, yang sebelum ini telah memperkenalkan model replika terdahulu iaitu Moto S450RR 2021. Harga yang ditawarkan pastinya jauh lebih rendah kerana model replika itu hanya dikuasakan enjin bersesaran 500cc, dengan tahap prestasi yang memuaskan.
Sebelum ini di pasaran China, turut terdapat model replika yang tidak kurang hebatnya seperti Yahama R6 dan Moxiao 500RR. Ini kerana model-model replika dengan rekaan yang sangat mirip itu mempunyai pasaran yang besar di negara China. Mungkin model-model tersebut juga mempunyai ramai peminat di Malaysia yang sanggup membelinya.
Sumber : Sigma Motorsports FB
Galeri : Replika BMW S 1000 RR 500cc (China)
Galeri : BMW S 1000 RR