Jawa Perak di pasaran India, enjin 334cc, harga RM 11,694.55

Motosikal bergaya klasik Jawa Perak mula ditawarkan di pasaran India sejak awal 2020 yang lepas, oleh syarikat pengeluar Jawa Motorcycles India. Model berkenaan ketika ini boleh didapati dalam pilihan warna hitam sahaja, dengan harga jualannya ditetapkan sebanyak ₹ 2,06,187, bersamaan nilai RM 11,694.55 mengikut kadar tukaran semasa.

Jawa Perak dilengkapi enjin berkapasiti 334cc (single cylinder, four stroke, liquid cooled, SI engine, DOHC, BSVI compliant), yang kemudiannya dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Enjin yang turut dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api elektronik itu menghasilkan kuasa maksimum 30.64PS dengan tork maksimum setinggi 32.74Nm.

Spesifikasi lain yang melengkapi Jawa Perak termasuklah kerangka jenis double cradle tubular, fork depan teleskopik, suspensi belakang mono boleh laras, sistem brek cakera dengan ABS dua saluran, tempat duduk jenis tunggal dengan ketinggian 750 mm, tayar depan dan belakang bersaiz 100/90-18 dan 140/70-17, dan berat 175 kg (kerb weight).

Di pasaran India, permintaan terhadap motosikal klasik sangat menggalakkan, dengan jenama Royal Enfield menjadi pendahulu di dalam kategori tersebut. Malah Honda turut tidak ketinggalan memperkenalkan model klasiknya yang tersendiri untuk pasaran India. Untuk pasaran Malaysia, mungkin Jawa Perak ini mempunyai nilai pasaran tersendiri.