WMoto Malaysia telah membuat pengumuman rasmi melalui paparan teaser seperti di atas, bahawa syarikat pengeluar motosikal tempatan itu akan melancarkan sebuah model baharu dalam saiz yang besar. Adakah ianya sebuah model motosikal berkuasa tinggi, atau sebuah model skuter maxi yang didatangkan sesaran enjin yang besar?
Majlis pelancaran akan berlangsung dalam bulan Mac 2021 ini, dijangka akan diadakan pada hujung bulan ini. Setakat ini Arena Motosikal sendiri masih belum dapat meneka model apakah yang bakal dilancarkan itu, walaupun petunjuk telah diberikan melalui paparan gambar lampu belakang model tersebut. Adakah anda tahu jawapannya?