Yamaha YZF-R6 2020 di pasaran USA, harga $12,199.00

Yamaha YZF-R6 2020 merupakan salah sebuah model motosikal keluaran Yamaha yang ditawarkan di pasaran USA. Namun begitu ianya bukanlah model terkini kerana telah berada di pasaran sejak bulan Oktober 2019 yang lalu. Untuk model tahun 2021, setakat ini masih belum dilancarkan, mungkin akan tiba dalam masa terdekat.

Untuk pasaran USA, Yamaha YZF-R6 model tahun 2020 ditawarkan pada harga sebanyak $12,199.00, sama dengan nilai RM 50,412.37 mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Model tersebut boleh didapati dalam tiga pilihan warna yang menarik dan sporty iaitu Vivid Orange/Matte Raven Black, Team Yamaha Blue dan Raven.

Aspek penjana kuasa memperlihatkannya dikuasakan enjin bersesaran 599cc (4-stroke, liquid-cooled, DOHC, forward-inclined parallel 4-cylinder, 4-valves), yang kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 118.4PS @ 14,500rpm dengan tork maksimum 61.7Nm @ 10,500rpm.

Yamaha YZF-R6 2020 dilengkapi fork depan jenis terbalik berjenama KYB dengan ciri boleh laras (3-way adjustable), manakala sistem suspensi KYB di bahagian belakang juga hadir dengan ciri boleh laras (4-way adjustable). Sistem brek depan dengan cakera 320 mm dan belakang 220 mm, kedua-duanya dilengkapi dengan sistem brek ABS.

Di bahagian roda, ianya dilengkapi tayar depan dalam siri 120/70ZR17 dan tayar belakang dalam siri 180/55ZR17. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti maksimum 17 liter, dengan berat keseluruhan jentera bercirikan perlumbaan itu ialah 190 kg (wet weight). Kelajuan maksimumnya pula dianggarkan menghampiri angka 260 km/j.

(Visited 282 times, 1 visits today)