Suzuki Raider R150 Carburetor 2021 di pasaran Filipina terima kemaskini warna baharu

Untuk pasaran Filipina, model Suzuki Raider R150 Carburetor 2021 kini telah menerima kemaskini warna baharu yang lebih sporty dan segar. Pilihan warna paling menarik sudah tentulah warna MotoGP Blue yang diperkenalkan pada bulan September 2020 yang lepas, sempena kejayaan Suzuki meraih podium dalam perlumbaan MotoGP.

Suzuki Raider R150 Carburetor 2021 ketika ini kekal dikuasakan enjin bersesaran 147.3cc (4-stroke, oil-cooled, 4-valve, DOHC, 1-cylinder) dengan sistem penyampaian bahan api jenis karburetor, seterusnya dipadankan kotak gear enam kelajuan. Kuasa maksimumnya mencapai 15.63PS @ 9,500rpm dengan tork 12.4Nm @ 8,500rpm.

Pasaran Filipina merupakan satu-satunya pasaran di rantau ASEAN yang masih menawarkan Suzuki Raider R150 versi karburetor, walaupun Suzuki Raider R150 FI (Fuel Injection) telah pun ditawarkan di pasaran negara tersebut. Setakat ini tidak pasti sampai bilakah Suzuki Raider R150 Carburetor akan terus ditawarkan di sana.

Harga yang ditawarkan pula adalah sebanyak Php 97,900.00, bersamaan RM 8,178.04 mengikut kadar tukaran semasa. Sementara itu di pasaran Malaysia, penantian untuk melihat model Suzuki Belang R150 FI 2021 dilancarkan sehingga kini masih belum menjadi kenyataan. Entah apa perancangan terkini Suzuki Malaysia agaknya.

Artikel Popular Minggu Ini :