Lexmoto LXR 380 2020 di pasaran UK dilengkapi enjin dua silinder 378cc, harga £3,699.99

Jenama motosikal Lexmoto di pasaran UK ketika ini turut menawarkan sebuah model sport bike yang diberi nama Lexmoto LXR 380 2020. Model tersebut berasal dari China, sama seperti model Taro GP1 400R. Harga jualan untuk Lexmoto LXR 380 adalah sebanyak £3,699.99, bersamaan RM 19,857.97 mengikut kadar tukaran semasa.

Lexmoto LXR 380 dilengkapi enjin berkapasiti 378cc dengan transmisi enam kelajuan dan klac tangan manual. Enjin empat lejang dua silinder dengan sistem sejukan cecair itu menghasilkan kuasa maksimum 35hp @ 9,000rpm. Dengan berat 192 kg, model bergaya sporty itu mampu mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 145 km/j.

Senarai spesifikasi lain yang melengkapinya termasuklah sistem lampu LED, paparan meter digital, fork depan USD, suspensi belakang monoshock boleh laras, brek cakera depan dan belakang dengan ABS, tayar tanpa tiub berukuran 120/70-17 (depan) dan 160/60-17 (belakang), tangki bahan api 13.5 liter dan ketinggian tempat duduk 800 mm.

(Visited 2,559 times, 1 visits today)