Kawasaki Motors Vietnam siarkan ‘teaser’ Ninja ZX-25R 2021

Kawasaki Motors Vietnam hari ini melalui halaman Facebook rasmi mereka telah menyiarkan dua keping gambar ‘teaser’, tidak lain dan tidak bukan ialah gambar model Kawasaki Ninja ZX-25R 2021. Ini bermakna pasaran Vietnam merupakan destinasi seterusnya untuk model berkenaan, selepas Indonesia, Thailand, Jepun dan Filipina.

Setakat ini tiada maklumat lanjut yang diberikan melainkan beberapa hashtag seperti #KawasakiMotorsVietnam, #Ninjafamily, #Coming dan #Zxseries. Apa yang menariknya mengenai pelancaran Ninja ZX-25R di pasaran Vietnam nanti ialah harganya boleh dijadikan panduan untuk melihat harga yang mungkin ditawarkan di pasaran Malaysia.

p/s : Selepas pasaran Vietnam, adakah pasaran Malaysia pula akan menyusul?

(Visited 122 times, 2 visits today)