Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 dilancarkan di pasaran Thailand

Pada 10hb. Julai 2020 baru-baru ini, Kawasaki telah melancarkan Ninja ZX-25R 2021 untuk pasaran Indonesia. Hari ini, model tersebut dilancarkan pula untuk pasaran Thailand, bertempat di Bangkok International Motor Show 2020 (15 – 26 Julai 2020).

Ini menjadikan Thailand sebagai negara kedua selepas Indonesia yang menerima kehadiran model tersebut di pasaran masing-masing. Bagaimanapun untuk pasaran Thailand, Kawasaki Ninja ZX-25R versi ABS mempunyai tanda harga lebih mahal berbanding di pasaran Indonesia, iaitu sekitar RM 36k, menurut sumber dari Thailand.

Antara maklumat lain ialah untuk pasaran Thailand, Kawasaki Ninja ZX-25R hanya ditawarkan dalam versi ABS sahaja, dengan dua pilihan warna berbanding empat di pasaran Indonesia. Untuk pasaran Malaysia, sama-samalah kita tunggu ketibaannya.