Motosikal ini yang mungkin diberi nama sebagai Nitro Janggo atau Nitro NU-110X sememangnya amat sukar ditemui dan dilihat di jalan raya. Malah maklumat mengenai pelancarannya juga tidak diketahui walau pun telah dibuat carian di dalam internet.
Model baharu yang kelihatan lama dan usang ini ditemui di sebuah kedai menjual motosikal di Pekan Kuala Ketil, Baling, Kedah pada tahun 2017 yang lalu. Ketika itu harga yang ditawarkan juga boleh dikatakan rendah, hanya RM 1,600.00 sahaja.
Reka bentuknya mengambil gaya model-model terdahulu seperti Honda Hurricane dan Suzuki Belang R150 yang pernah muncul di pasaran tempatan sebelum ini. Oleh kerana ianya berjenama Nitro, mungkin sebab itu ianya sukar mencari pembeli.
Mungkin jika ada yang berminat, Nitro Janggo ini tetap berbaloi untuk dimiliki kerana ianya merupakan model unik yang sukar ditemui. Sekurang-kurangnya anda akan menjadi perhatian ramai pengguna jalan raya yang lain ketika menunggangnya.