Yamaha RX-S model tahun 1981 di pasaran Malaysia

Merujuk kepada maklumat terdahulu di dalam laman sesawang Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd., model motosikal pertama dalam segmen jalanan yang diedarkan oleh syarikat tersebut di pasaran tempatan ialah Yamaha RX-S.

Model tersebut diperkenalkan pada tahun 1981, dilengkapi dengan enjin dua lejang bersesaran 115cc. Enjin dengan ciri induksi tork (torque induction engine) itu turut dilengkapi teknologi YEIS (Yamaha Energy Induction System) dan transmisi lima kelajuan, serta menawarkan prestasi premium dan populariti pada zamannya.

Ketika ini Yamaha RX-S telah menjadi sebuah model klasik dan kelibatnya di jalan raya amat sukar dilihat. Untuk para peminat yang mahu melihat sendiri reka bentuk standard Yamaha RX-S keluaran tahun 1981, boleh melihatnya melalui paparan gambar di atas.

Galeri di bawah pula masih menunjukkan model Yamaha RX-S keluaran tahun 1981, namun ianya adalah model untuk pasaran luar negara. Anda boleh perhatikan  perbezaan reka bentuk lampu depan, lampu signal dan lokasi nombor plat depan.