Benelli RFS150i model tahun 2019

Antara model moped popular di pasaran Malaysia ketika ini ialah Benelli RFS150i. Model tersebut memiliki enjin bersesaran 149.8cc yang menghasilkan kuasa maksimum 15.4PS (11.3kW) @ 8,500rpm dengan tork puncak 13Nm @ 7,000rpm. Enjin tersebut dilengkapi sistem penyejuk jenis cecair, sistem suntikan bahan api elektronik dan kemudiannya dipadankan kotak gear enam kelajuan dengan klac tangan.

Kemaskini terakhir yang diterima oleh Benelli RFS150i ialah pada bulan Mac 2019 yang lepas, apabila model tersebut hadir dengan warna dan rekaan grafik baharu yang lebih menarik dan bergaya. Menurut Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedarnya, penampilan baharu RFS150i itu dikatakan mampu memenuhi citarasa bakal pengguna. Selain itu ianya juga dilengkapi muffler yang lebih sporty dan bakal memberi prestasi yang lebih baik kepada penunggang.

Benelli RFS150i 2019 masih berada di pasaran ketika ini, dengan tiga pilihan warna yang menarik iaitu Biru (Special Edition), Hitam dan Merah. Harga jualan asas yang ditetapkan adalah sebanyak RM 7,488.00 bagi versi Special Edition, manakala versi standard dijual pada harga RM 7,238.00. Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Benelli RFS150i akan menerima penampilan baharu untuk tahun 2020.