Benelli 302 R model tahun 2020

Model sportbike Benelli 302 R telah beberapa tahun berada di pasaran termasuklah di pasaran Malaysia. Model ini dikuasakan enjin 300cc (in-line two cylinder 4-stroke 4-valve DOHC) yang mampu menjana sehingga 38hp @ 11,000rpm dengan tork maksimum 25.6Nm @ 9,750rpm. Enjin tersebut dipadankan kotak gear enam kelajuan.

Benelli 302 R menampilkan fork depan jenis upside down 41 mm dan lengan ayun belakangnya dilengkapi penyerap hentak tunggal. Tangki petrolnya mempunyai kapasiti maksimum 14 liter dan berat kering motosikal dikatakan hanya 190 kg. Untuk kestabilan dan kawalan terbaik, rim aloi aluminium 17 inci dipasangkan tayar depan dalam siri 110/70 dan di bahagian belakang dengan tayar siri 150/60.

Sistem brek ditugaskan kepada cakera terapung berkembar 260 mm dengan angkup empat piston di bahagian depan, manakala cakera tunggal 240 mm dengan angkup satu piston melengkapkan sistem brek di bahagian belakang. Benelli 302 R 2020 dengan ABS mempunyai pilihan warna putih/merah, hitam/merah dan perak/hijau.

Berdasarkan rujukan di dalam laman Mudah.my, harga atas jalan yang ditawarkan untuk Benelli 302 R di pasaran Malaysia berada dalam lingkungan RM 22,988.00.

(Visited 304 times, 1 visits today)