Dalam bulan September 2019 yang lalu, Benelli Malaysia telah melancarkan model cruiser terbaharu 502C untuk pasaran tempatan, pada harga jualan asas RM 31,588.00 (tidak termasuk insuran dan cukai jalan). Menurut Benelli, 502C menawarkan rekaan naked yang kontemporari, dengan tempat duduk yang luas dan selesa.
Month: January 2020
Honda memperkenalkan Rebel 250 dan Rebel 250 S Edition model tahun 2020 untuk pasaran Jepun
Honda kelmarin telah memperkenalkan model Rebel 250 dan Rebel 250 S Edition, kedua-duanya akan berada di pasaran Jepun mulai tarikh 19hb. Mac 2020. Berbanding Rebel 250, Rebel 250 S Edition tampil dengan spesifikasi yang dipertingkatkan melalui pemasangan pakej aksesori asli yang menjadi ciri standardnya.
Motosikal naked sport Benelli 150S 2019 dilancarkan untuk pasaran Malaysia
Benelli 150S merupakan sebuah model naked sport dalam kelas 150cc, dilancarkan untuk pasaran Malaysia dalam bulan September 2019 yang lalu bersama-sama model urban cruiser Benelli 502C 2019. Benelli 150S model tahun 2019 ini telah berada di pasaran tempatan secara rasmi mulai penghujung bulan Oktober 2019 yang lalu.
Ducati perkenal Scrambler 1100 PRO dan 1100 Sport PRO
Beberapa hari yang lepas, Ducati memperkenalkan dua varian terbaharu Scrambler 1100 iaitu 1100 PRO dan 1100 Sport PRO. Antara yang baharu untuk kedua-dua model tersebut termasuklah kemaskini warna dan grafik, kemasan tempat duduk dan ekzos baharu, fender belakang lebih pendek dan posisi pemegang nombor plat yang rendah.
Aprilia RS660 2020 dikatakan bakal masuk pasaran Malaysia hujung tahun ini
Model terbaharu Aprilia RS660 diperkenalkan secara rasmi di EICMA 2019 yang berlangsung dalam bulan November tahun lepas. Model ini dikuasakan enjin parallel twin-cylinder 660cc yang menghasilkan kuasa maksimum sehingga 100hp. Dengan berat hanya 169 kg, bermakna RS660 bakal menawarkan prestasi yang cukup baik.






