Oleh kerana artikel sebelum ini yang bertajuk Yamaha VR150 pernah ditawarkan di pasaran Thailand mendapat sambutan yang hangat, jadi kali ini Arena Motosikal siarkan pula gambar-gambar menarik Yamaha VR150 keluaran tahun 1987.
Tag: Yamaha VR 150
Yamaha VR150 pernah ditawarkan di pasaran Thailand
Salah sebuah model dua lejang keluaran Yamaha yang pernah ditawarkan di pasaran Thailand ialah Yamaha VR150. Menurut sejarahnya, model ini dilancarkan pada tahun 1987 dan pengeluarannya berterusan sehingga pertengahan tahun 1990an. Tidak pasti sama ada model ini juga dilancarkan di pasaran lain selain daripada Thailand.


