Salah sebuah model motosikal kapcai yang ditawarkan oleh SYM Malaysia di pasaran tempatan ialah SYM Sport Rider 125i. Untuk musim 2022, model berkenaan kini tampil dengan skim warna baharu yang lebih sporty dan segar. Harga jualan asasnya menurut sumber daripada laman Facebook dan Mudah.my ialah sebanyak RM 5,862.00 sahaja.
Tag: SYM Malaysia
Adakah ini antara pilihan warna untuk skuter SYM Jet X 150 2021 di pasaran Malaysia?
Model skuter terbaharu yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi ialah SYM Jet X 150 2021, yang dilengkapi enjin 150cc dengan sistem sejukan cecair. Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi model tersebut termasuklah sistem lampu LED, sistem kunci Keyless, panel instrumen digital LCD dan suis kawalan lampu kecemasan.
Dua model baharu SYM Jet X 150 2021 dan SYM Jet 4 RX 2021 akan dilancarkan di pasaran Malaysia
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan melancarkan dua buah model skuter baharu keluaran SYM pada tahun depan. Kedua-dua model tersebut ialah SYM Jet X 150 2021 dan SYM Jet 4 RX 2021, masing-masing akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada suku pertama dan separuh kedua 2021.



