Sekitar bulan Ogos 2021 yang lepas, Suzuki telah melancarkan model kapcai terbaharu Suzuki Smash Fi Next Edition untuk pasaran Thailand. Tampil dengan reka bentuk yang menarik dan sporty, tahap penjimatan petrol untuk model tersebut juga dikatakan begitu memuaskan, iaitu mampu ditunggang dalam jarak jauh dengan hanya setangki penuh.
Tag: Suzuki Smash Fi
Suzuki Smash Fi Next Edition 2021 kini tampil lebih sporty untuk pasaran Thailand
Untuk pasaran Thailand, Suzuki baru saja melancarkan versi terbaharu Suzuki Smash Fi yang kini tampil lebih sporty dan segar, dikenali dengan nama Suzuki Smash Fi Next Edition 2021. Model kapcai tersebut boleh didapati dalam empat pilihan warna menarik seperti Signature Blue, White Burgundy, Kabuki Black dan juga Thunder Smoke.
Suzuki Smash Fi 2020 di pasaran Indonesia, adakah ianya calon kapcai Suzuki untuk pasaran Malaysia?
Sejak beberapa bulan yang lepas, Suzuki Malaysia telah menghadirkan berita gembira mengenai kemungkinan melancarkan kembali beberapa buah model terbaharu di bawah 250cc untuk pasaran Malaysia. Antara model-model yang bakal dilancarkan itu termasuklah dalam kategori kapcai dan moped yang mempunyai nilai pasaran luas.


