Di pasaran tempatan, Suzuki Malaysia baru-baru ini telah melancarkan tiga buah model di bawah 250cc, iaitu Suzuki Raider R150 Fi, Suzuki GSX-R150 dan Suzuki GSX-S150. Selepas ini, syarikat itu dikatakan pula bakal melancarkan lagi dua buah model menarik pada tahun 2023 akan datang, menurut maklumat yang didedahkan oleh Paultan.org.
Tag: Suzuki Gixxer 250
Selepas ini, adakah Suzuki Malaysia akan turut melancarkan Suzuki GSX250R, Suzuki Gixxer 250 dan Suzuki Gixxer SF250?
Era baharu Suzuki di pasaran Malaysia kini boleh dikatakan baru saja bermula, dengan pelancaran tiga buah model terbaharu dalam segmen 150cc iaitu Suzuki Raider R150, Suzuki GSX-S150 dan Suzuki GSX-R150, baru-baru ini. Selepas ini, mungkinkah masih terdapat model-model menarik lain dalam segmen 250cc, yang akan turut dilancarkan?
Suzuki Gixxer 250 dan Suzuki Gixxer SF250 2021 dilancarkan di pasaran Vietnam, harga bermula dari RM 22,016.71
Pasaran Vietnam pada hari ini secara rasminya menerima kehadiran dua model terbaharu keluaran Suzuki iaitu Suzuki Gixxer 250 2021 dan Suzuki Gixxer SF250 2021. Kedua-dua model tersebut tampil dengan dua skim pilihan warna Triton Blue Metallic dan Matte Black Metallic, sama seperti model Gixxer 250 2021 dan Gixxer SF250 2021 di pasaran Jepun.
Suzuki Gixxer 250 2021 diperkenalkan di pasaran domestik Jepun, tampil dengan kemaskini warna baharu
Selain daripada model full fairing Suzuki Gixxer SF250 2021, pasaran domestik Jepun baru-baru ini turut menerima kehadiran model naked Suzuki Gixxer 250 2021. Apa yang berbeza berbanding model tahun 2020 ialah ianya kini didatangkan skim pilihan warna terkini Triton Blue Metallic dan Matte Black Metallic, sama seperti model Gixxer SF250.
Suzuki Gixxer 250 2020 di pasaran Jepun, dilengkapi enjin 249cc dengan sistem penyejukan minyak
Suzuki Gixxer 250 2020 merupakan sebuah model motosikal dalam segmen naked, diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran domestik Jepun pada tahun lepas. Boleh didapati dalam dua pilihan warna menarik, harga yang ditawarkan bermula dari 448,800 Yen, bersamaan nilai RM 17,329.14 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
Suzuki Gixxer bakal dilancarkan di pasaran Malaysia
Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. (SMSB) hari ini terus menghadirkan berita gembira kepada peminat motosikal tempatan, apabila mengesahkan bahawa syarikat tersebut bakal melancarkan model terbaharu Suzuki Gixxer. Setakat ini di pasaran India, model naked Suzuki Gixxer ditawarkan dalam dua varian sama ada dengan enjin 250cc atau 155cc.






