KTM 125 Duke 2021 kini dengan rasminya dilancarkan untuk pasaran Eropah, dalam dua pilihan skim warna baharu yang lebih sporty dan menyerlah. Model terkecil dalam siri KTM Duke itu dilengkapi enjin satu silinder yang bersesaran 124.7cc, dengan sistem suntikan bahan api elektronik yang canggih dan sistem penyejukan jenis cecair.
Tag: KTM 125 Duke Model Year 2021
KTM 125 Duke 2021 dilancarkan di pasaran India, harga bersamaan RM 8,265.21
KTM secara rasminya melancarkan model naked KTM 125 Duke 2021 terbaharu untuk pasaran India, dengan harga jualan sebanyak Rs. 1,50,010, bersamaan RM 8,265.21 mengikut kadar semasa. Model tersebut menggantikan KTM 125 Duke 2020 di pasaran negara tersebut yang sebelum ini masih lagi mengekalkan reka bentuk lama.