Pada tarikh 10hb. Mac 2022 yang lepas, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. dengan rasminya melancarkan sebuah model sport bike full fairing terbaharu untuk pasaran Malaysia iaitu Suzuki GSX-R150 2022. Model tersebut tampil dengan dua pilihan warna Metallic Titan Blue dan Stronger Red / Titan Black, dan ditawarkan dengan harga asas RM 11,329.00.
Tag: harga Suzuki GSX-R150 di Malaysia
Suzuki GSX-S150 dan Suzuki GSX-R150 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas bermula dari RM 10,289.00
Selain daripada model moped Suzuki Raider R150 Fi 2022, Suzuki Malaysia pada hari ini turut melancarkan dua buah lagi model dalam segmen naked dan sport iaitu Suzuki GSX-S150 2022 dan Suzuki GSX-R150 2022. Kedua-dua model itu ditawarkan dengan harga jualan asas masing-masing sebanyak RM 10,289.00 dan RM 11,329.00 sahaja.


