Dalam bulan Oktober 2021 yang lepas, Ducati telah memperkenalkan model terbaharu Ducati Multistrada V4 Pikes Peak 2022, varian terbaharu yang lebih sporty berbanding dua model sebelumnya Ducati Multistrada V4 dan V4 S 2021. Selain daripada warna yang cukup menyerlah, naik taraf teknikal juga menjadikan model tersebut berbeza.
Tag: Ducati Multistrada V4
Ducati Multistrada V4 2021 diperkenalkan, dilengkapi enjin V4 Granturismo dan sistem radar yang canggih
Pada tarikh 04hb. November 2020, Ducati dengan rasminya memperkenalkan jentera pengembaraan terbaharu Ducati Multistrada V4 2021. Kelengkapan utama pada model tersebut sudah semestinya enjin V4 Granturismo baharu yang berkuasa dan sistem radar di bahagian depan dan belakang, pertama di dunia untuk sesebuah motosikal.
Ducati Multistrada V4 2021 dilengkapi sistem radar, akan diperkenalkan secara rasmi pada 04hb. November 2020
Ducati mengumumkan ketibaan model terbaharu Ducati Multistrada V4 2021, yang kini telah masuk ke barisan pengeluaran di kilang mereka yang terletak di Borgo Panigale, Bologna, Itali. Perincian mengenai enjin V4 akan diumumkan pada tarikh 15hb. Oktober 2020, diikuti pelancaran rasmi yang akan berlangsung pada 04hb. November 2020.



