Salah sebuah model motosikal kapcai yang ditawarkan di pasaran Greece pada ketika ini ialah Daytona Sprinter 125. Harga jualan untuk model tersebut adalah sebanyak € 1,595, bersamaan RM 7,853.21 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
Tag: Daytona
Daytona DY125RS dan Yamaha Crypton S terlaris di pasaran Greece untuk tahun 2020
Pasaran motosikal di negara Greece yang terletak di benua Eropah sememangnya boleh dikatakan dekat di hati rakyat Malaysia. Ini kerana Modenas sebelum ini telah memasarkan beberapa buah model motosikal mereka di pasaran Greece, antaranya seperti Modenas Kriss, Modenas Dinamik, Modenas Kristar dan Modenas GT135.


