Daytona Motors di pasaran Greece telah memperkenalkan versi terbaharu untuk model Daytona DY125RS, yang kini tampil berwajah baharu untuk musim 2021. Model kapcai tersebut kini dilengkapi lampu DRL (Daytime Running Lights) LED baharu di bahagian depannya, di samping enjin 120cc yang kini telah mematuhi piawaian emisi Euro 5.
Tag: Daytona Motors
Daytona DY125RS dan Yamaha Crypton S terlaris di pasaran Greece untuk tahun 2020
Pasaran motosikal di negara Greece yang terletak di benua Eropah sememangnya boleh dikatakan dekat di hati rakyat Malaysia. Ini kerana Modenas sebelum ini telah memasarkan beberapa buah model motosikal mereka di pasaran Greece, antaranya seperti Modenas Kriss, Modenas Dinamik, Modenas Kristar dan Modenas GT135.


