Pada awal tahun ini, KTM dan Brabus telah memperkenalkan sebuah model terbaharu Brabus 1300 R 2022, dalam edisi terhad hanya 154 unit sahaja. Model berkenaan telah diasaskan daripada model KTM 1290 Super Duke R EVO, tampil dalam dua skim warna Magma Red dan Signature Black, dan setiap satu warna tersedia dalam jumlah 77 unit.