Pada penghujung bulan Mac 2022 yang lepas, jentera naked Suzuki GSX-S150 2022 di pasaran Vietnam telah didatangkan dengan satu pilihan warna baharu yang lebih sporty dan menarik. Pada masa yang sama, tiga lagi pilihan warna terdahulu yang ditawarkan pada tahun 2021 masih lagi dikekalkan, kini kepada empat pilihan warna kesemuanya.
Tag: 2022 Suzuki GSX-S150
Suzuki GSX-S150 2022 kini di pasaran Malaysia, harga asas RM 10,289.00
Pada tarikh 10hb. Mac 2022 baru-baru ini, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. secara rasminya melancarkan sebuah model naked terbaharu Suzuki GSX-S150 2022. Model berkenaan tampil dalam dua pilihan warna iaitu Aura Yellow / Pearl Brilliant White dan Metallic Titan Blue, manakala harga jualan asasnya ditawarkan sebanyak RM 10,289.00 sahaja.
Suzuki GSX-S150 dan Suzuki GSX-R150 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas bermula dari RM 10,289.00
Selain daripada model moped Suzuki Raider R150 Fi 2022, Suzuki Malaysia pada hari ini turut melancarkan dua buah lagi model dalam segmen naked dan sport iaitu Suzuki GSX-S150 2022 dan Suzuki GSX-R150 2022. Kedua-dua model itu ditawarkan dengan harga jualan asas masing-masing sebanyak RM 10,289.00 dan RM 11,329.00 sahaja.



