Sempena dengan pelancaran model skuter terbaharu Honda ADV160 2023, Boon Siew Honda kini rasmi menamatkan pengeluaran model sebelumnya Honda ADV150.
Buktinya ialah model tersebut kini tidak lagi dipaparkan di dalam laman sesawang rasmi Boon Siew Honda, sebaliknya digantikan dengan paparan model Honda ADV160.
Untuk pasaran tempatan, Honda ADV150 dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari 2021 dan berakhir pada Januari 2023, dengan jangka hayat hanya 2 tahun sahaja.
Setakat ini stok lama Honda ADV150 dikatakan masih berada di kedai-kedai motosikal, namun tidak pasti sama ada ianya akan laris dan menjadi buruan para peminat tegar.
Untuk peminat biasa, sudah pasti mereka akan memilih Honda ADV160 yang kini lebih berkuasa, lebih canggih dan lebih selesa, walaupun harga jualan asasnya lebih tinggi.