Aprilia RS 457 GP Replica

Didi Group selaku pengimport dan pengedar jenama Aprilia di Malaysia memperkenalkan varian sportbike terbaharu Aprilia RS 457 GP Replica sempena MotoGP Malaysia 2026 baru-baru ini.

Majlis pelancarannya menjadi lebih istimewa apabila debut model itu disempurnakan pelumba tim Aprilia Racing, Marco Bezzecchi di kawasan Mall Area Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Harga badan yang diumumkan untuk Aprilia RS 457 GP Replica ialah RM35,900 setiap satu. Ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran berkaitan.
Aprilia RS 457 GP Replica dapat empat ciri tambahan yang didatangkan sebagai komponen standard berbanding RS 457. Ini termasuk:
- Penutup tempat duduk pembonceng
- Skim warna hitam badan inspirasi Aprilia RS-GP termasuk swingarm dan frem hitam
- QuickShifter dua hala (atas bawah)
- Pad brek berprestasi untuk roda depan
Spesifikasi Aprilia RS 457 GP Replica
- Enjin dua-silinder sebaris 457cc DOHC 4-injap setiap silinder dengan penyejukan cecair dan suntikan bahan api (FI)
- Kuasa 47.6hp @ 9,400rpm
- Tork 43.5Nm @ 6,700rpm
- Kotak gear manual 6 kelajuan dengan teknologi klac antigelincir dan Quickshifter atas bawah
- Fork depan terbalik (USD) 41mm boleh laras prabeban, jarak travel 120mm
- Monoshock belakang boleh laras prabeban, jarak travel 130mm
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 110/70 (depan) dan 150/60 (belakang)
- Brek depan jenis cakera tunggal 320mm kaliper 4-piston ByBre
- Brek belakang cakera tunggal 220mm kaliper ByBre satu piston
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch dua saluran dan Kawalan Cengkaman (TCS)
- Panel meter digital TFT berwarna 5-inci.
- Mod tunggang Eco, Rain dan Sport
- Sistem pencahayaan LED
- Tinggi pelana 800mm
- Tangki minyak 13 liter
- Berat kasar 175kg
- Sistem pencahayaan LED penuh
- Ada Brek ABS dwi saluran dan Kawalan Cengkaman
- 3 mode pemetaan enjin

























