
FB Mondial akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Berdasarkan maklumat diterima, jangkaan awal ialah Disember ini atau awal Januari 2026.
Sumber kami menyatakan antara model yang akan dilancarkan di Malaysia ialah motosikal dwi-kegunaan FB Mondial MUD 452.

Sebenarnya, FB Mondial MUD 452 ini ada ditayangkan kepada pengunjung Malaysia Bike Show 2026 sempena Mforce MotoXperience.
Antara maklumat awal diterima ialah motosikal ini menggunakan enjin 2-silinder sebaris 450cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api Bosch.
Tiada data kuasa dan perincian kotak gear didedahkan untuk pasaran Malaysia setakat ini.
Sistem brek membabitkan cakera tunggal untuk roda depan dan belakang, beserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dan Kawalan Cengkaman (TCS).
Rim aloi multijejari digunakan bersaiz 21 inci dengan tayar 90/90 (roda depan) dan 18 inci tayar 150/70.
Meter jenis TFT 7 inci berwarna siap ada sambungan Bluetoooth dan TPMS. Difahamkan, model ini tidak didatangkan dengan kamera dashcam.
Saiz tangki minyak dikatakan 18.5 liter. Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) dan absober monoshock dengan subtangki di belakang.






























