
Sebelum ini, kami pernah melaporkan tentang majlis perasmian bangunan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur yang terletak di Segambut.
Ini adalah pusat servis terbesar milik Mforce di seluruh negara dan akan beroperasi sepenuhnya bermula 23 Oktober 2026.

Dalam perkembangan terbaharu, Mforce Bike Holdings (Mforce) mengumumkan beberapa perkembangan penting untuk perhatian semua pemilik motosikal dan skuter multi-jenama edaran mereka.
Ini apa anda perlu tahu:

- Pusat servis sedia ada di Segambut akan dipindahkan ke Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur.
- Pusat servis sedia ada di Segambut akan ditutup bermula 12 hingga 22 Oktober 2026 untuk proses pemindahan.
- Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce Kuala Lumpur di premis baharu akan mula beroperasi sepenuhnya pada 23 Oktober 2026.
- Pusat servis baharu ini akan menempatkan lebih 20 juruteknik bertauliah serta fasiliti penyelenggaraan yang dipertingkatkan untuk mengurangkan masa menunggu.
- Bekalan alat ganti tidak terjejas sepanjang penutupan premis sedia ada ini.
- Anda juga boleh buat pembelian terus daripada Mforce Parts menerusi talian 012-485 0133 dengan penghantaran percuma untuk kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.
Ada apa di Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce Kuala Lumpur?
Berkeluasan 77,000 kaki persegi dan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk pelanggan Mforce. Ini termasuk:
- Ruang pameran Mforce Gallery dengan 16 susun atur pelbagai jenama di bawah Mforce.
- Ruang menunggu pelanggan luas dan selesa.
- Ada kafe CR Café dan restoran.
- Ada pusat alat ganti dan gudang simpanan alat ganti untuk rangkaian produk Mforce.
- Ada mesin Motorcycle Inspection Test Bench bernilai RM1.5 juta untuk membolehkan pemeriksaan menyeluruh aspek keselamatan dan keadaan motosikal – termasuk sistem brek, pencahayaan dan penjajaran badan.
- Ada surau, tandas serta ruang pameran dan jualan produk LS2 dan Mforce Oil.
Pusat servis baharu Mforce ini terletak di 46 & 48, Jalan Segambut Tengah, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
Artikel Berkaitan
- Pusat Servis MForce Segambut baharu bakal beroperasi tidak lama lagi, siap ada mesin dyno?
- MForce bina pusat jualan dan servis terbesar Malaysia, dijangka siap Oktober ini
Galeri Gambar Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce Kuala LumpurÂ









































