
Pusat servis sedia ada MForce Bike Holdings (MForce) yang terletak di Jalan Segambut Atas, Kuala Lumpur akan berpindah sepenuhnya ke lokasi baharu tidak lama lagi.
Proses perpindahan dan peralihan operasi akan berlaku dalam masa terdekat sebaik sahaja semua kerja-kerja akhir pembinaan dan pemasangan siap sepenuhnya.

Premis baharu MForce juga terletak sama di kawasan Segambut iaitu di Jalan Segambut Tengah iaitu bersebelahan pusat servis Toyota.
LOKASI PUSAT SERVIS BAHARU MFORCE SEGAMBUT

Di atas ini adalah peta menunjukkan yang lokasi pusat servis sedia ada (Jalan Segambut Atas) dan lokasi pusat baharu di Jalan Segambut Tengah.
Kalau dalam peta di atas, pusat baharu MForce ini berwarna hitam termasuk bumbungnya.
Untuk memudahkan pencarian, pusat servis baharu ini terletak dekat dua kedai makan ini iaitu Restoran Nasi Kandar AFC Ali Food Corner dan Restoran New Hoi Kee (Hoi Kee Lobster House). Gambar dua kedai ini ada di bawah:
GAMBAR LUAR BANGUNAN PUSAT SERVIS MFORCE SEGAMBUT BAHARU
Ini adalah bahagian luaran pusat servis terbaharu MForce Segambut yang akan beroperasi tidak lama lagi sebaik semua kerja pemasangan selesai:
APA AKAN ADA DALAM PUSAT SERVIS MFORCE SEGAMBUT (BAHARU)
Berdasarkan maklumat yang kami kumpulkan, keluasan pembinaan premis pusat servis MForce Segambut terbaharu ini adalah 77,000 kaki persegi.
Pusat ini akan menampung keperluan pelanggan MForce di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Selatan Perak dan Selatan Pahang.
Bangunan 2 tingkat ini ibarat satu hab perkhidmatan serba lengkap dan ini antara apa yang akan disediakan di situ:
- Pusat baik pulih motosikal dan skuter (18 bike lift)
- Ruangan menunggu untuk pelanggan dan mereka boleh melihat kerja-kerja dilakukan di sebalik tetingkap kaca.
- Bekalan alat ganti membabitkan service parts, wear & tear, critical parts dan accident parts.
- Mesin dyno (khabarnya jenis sama digunakan pengeluar motosikal popular Jerman) untuk pemeriksaan enjin, lampu, sistem brek dan beberapa ujian lain.
- MForce Gallery iaitu ruang pameran pelbagai jenama bawah MForce di satu ruangan khas.
- Surau lelaki dan wanita
- Pejabat, bilik mesyuarat, bilik latihan dan dewan untuk majlis
PETA KE LOKASI MFORCE SEGAMBUT (BAHARU)
Di sini kami sediakan dua pautan (link) untuk navigasi ke lokasi MForce Segambut.
- Google Map: MForce Segambut
- Waze: MForce Segambut
- Alamat: 46 & 48 Jalan Segambut Tengah, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur





