
Kami diberi peluang untuk lihat sendiri projek supermoped 150cc auto klac semasa menyertai lawatan bersama Mforce Bike Holdings (Mforce) ke Ibu Pejabat Guangzhou Haojin Motorcycle Co., Ltd. di China baru-baru ini.
Ya, supermoped 150 auto klac ini adalah projek bersama Mforce dan Haojin yang juga merupakan pemilik jenama LETBE. Model ini masih dalam bentuk clay dengan dua wajah berbeza.

Sisi kiri memiliki rekaan berbeza dengan sisi kanan, termasuk panel kepala hingga ke lampu belakang. Berdasarkan sumber, Mforce memilih rekaan sisi kanan yang memiliki garisan badan tidak terlalu tajam namun menarik.
Apa yang diketahui ialah supermoped ini akan menggunakan transmisi 5-kelajuan automatik (klac auto). Bakal menggunakan sistem keyless. Meter TFT dengan sambungan pada telefon pintar.
Pun begitu… mungkin ada perubahan lagi akan dibuat memandangkan projek ini masih dalam status clay dan akan memasuki fasa Rapid Prototype.
Artikel Berkaitan:
- Apa kami tahu tentang supermoped 150cc versi auto klac Mforce
- MForce akan lancar 2 supermoped baharu tahun 2027, ada versi 150cc auto clutch?
- Siapa akan tawar supermoped 150cc auto clutch pertama di Malaysia?
- Satu lagi supermoped baharu, lebih berkuasa bakal hadir ke Malaysia?
- Perang Supermoped 150cc Bermula Tahun 2025?
