
Pengumuman ini khas buat pemilik-pemilik Keeway XDV180 Evo.
Skuter anda sudah disahkan tersenarai dalam program panggilan balik (recall) pihak Mforce Bike Holdings (Mforce) untuk menggantikan swing arm kepada komponen baharu yang dipertingkat.

Swing arm baharu ini dikatakan direka khusus untuk memberi daya ketahanan yang lebih kukuh dan stabil dalam tempoh panjang semasa tunggangan.
Sebanyak 5,000 unit skuter Keeway XDV180 Evo dinyatakan terlibat dalam program kali ini. Pemilik disarankan untuk membuat semakan status skuter mereka melalui laman web:
Jika tersenarai, anda diminta menghubungi terus atau mengunjungi pengedar sah Keeway Malaysia di mana tempat pembelian asal dibuat untuk mengatur jadual temu janji untuk tujuan penggantian.
Penggantian ini dibuat secara percuma, tiada kos alat ganti baharu atau dikenakan upah kerja.
Artikel Berkaitan
- Recall: Pemilik terlibat diminta ‘jangan lupa’ tukar muffler skuter QJMOTOR AX200S
- Operasi pasang Keeway XDV 180 EVO (2025) sudah berjalan, lancar harga bawah RM10,000?
- Mforce akan ‘recall’ motosikal dan skuter untuk tingkatkan kualiti produk
- MForce bakal jalankan kempen panggilan balik untuk tukar ekzos semua skuter QJMOTOR AX200S
