
Suzuki GSX250R baharu bakal tiba?
Itu antara cerita yang giat diperkatakan peminat dan pemerhati segmen motosikal sport 250cc selepas tular dokumen kelulusan model itu di China. GSX250R (2026) ialah model kerjasama dan dikeluarkan pihak Haojue di China.

Suzuki GSX250R nampaknya ada menjalani transformasi kejuruteraan panel badan dan pembaharuan enjin yang mungkin boleh membantu memikat lebih ramai pembeli muda kelak.
Kejuruteraan panel badan membabitkan perubahan pada fairing depan motosikal sport asas itu, antaranya membabitkan lampu depan baharu dan reka bentuk muncung fairing.
Selain itu, sportbike jenama Jepun buatan China ini mula diasimilasi trend generasi muda dengan adanya winglet. Kedudukan lampu signal capang depan dialihkan ke posisi lebih tinggi gara-gara winglet.
Ekzos juga dikatakan ada mendapat sentuhan baharu. Reka bentuk badan lain nampak macam mewarisi desain digunakan semenjak tahun 2017.
Dokumen sama mendedahkan berat motosikal kekal 178kg tetapi kuasa enjin bertambah daripada 25hp kepada 29hp.
Enjin dua silinder SOHC GSX250R ini dikatakan menggunakan sistem VVL iaitu sistem pembolehubah angkatan injap.
Maksudnya, aci sesondol tunggal yang ada dalam enjin itu mempunyai dua profil cuping sesondol (cam lobe), setiap satunya ada lengan jumpelang (rocker arm) sendiri.
Belum ada maklumat rasmi bila model Suzuki GSX250R ini akan dilancarkan…
Artikel Berkaitan:
- Suzuki GSX250R-A 2024 dilancarkan di pasaran China, kini dilengkapi lampu depan LED baharu dan ASC
- Suzuki GSX250R 2023 kini dilancarkan di pasaran Jepun
- Suzuki GSX250R 2022 dilancarkan di pasaran China dengan kemaskini warna baharu, harga bersamaan RM 17,467.42
- Selepas ini, adakah Suzuki Malaysia akan turut melancarkan Suzuki GSX250R, Suzuki Gixxer 250 dan Suzuki Gixxer SF250?
