
Selain model sport CBR650R E-Clucth, Boon Siew Honda (BSH) juga memperbaharui pilihan warna untuk jentera naked Honda CB650R E-Clutch (2026).
Dua warna baharu diperkenalkan iaitu Matte Jeans Blue Metallic (biru) dan Candy Energy Orange (oren). Warna sedia ada Matte Gun Powder Black Metallic (hitam) dikekalkan.

Harga badan yang disyorkan ialah RM47,999 seunit. Model ini akan berada di rangkaian pengedar bermula 6 Julai 2026.
Spesifikasi ringkas Honda CB650R E-Clutch :
- Enjin 4 silinder sebaris 649cc DOHC 16-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan E-Clutch.
- Output kuasa 70kW @ 12,000rpm dan tork 63Nm @ 9,500rpm.
- Fork depan USD 41mm Showa SFF-BP.
- Monoshock boleh laras 10 tahap prabeban.
- Rim 17 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).
- Brek cakera depan 310mm kaliper 4-piston. Ada ABS.
- Brek cakera belakang 240mm kaliper 1-piston. Ada ABS.
- Sistem pencahayaan LED penuh. Meter TFT 5 inci berwarna.
- Tangki minyak 15.4 liter.
- Ada Honda RoadSync, HISS, HSTC dan ESS.
- Tinggi tempat duduk 810mm.
- Berat 207kg.
- Jarak bumi 150mm.


