
Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan barisan skuter adventure terbaharu mereka iaitu Honda ADV edisi 2026 dengan dua varian pilihan ke pasaran tempatan.
Dua varian itu ialah Honda ADV160 ABS 2026 (versi standard) dan Honda ADV160 RoadSync 2026 (varian perdana). Walaupun RoadSync tidak tertera ABS namun skuter itu turut dilengkapi teknologi pembrekan tersebut.

Skuter siri terbaharu ADV160 itu sudah diperkenalkan di beberapa pasaran sebelum ini iaitu Indonesia, Jepun dan Thailand.
Di bawah ini adalah perincian mengenai dua versi terbaharu Honda ADV160 (2026).
Harga Honda ADV160 (2026)
- Honda ADV160 ABS 2026 (versi standard): RM13,249
- Honda ADV160 RoadSync (versi perdana): RM13,649
Harga di atas ialah harga badan tidak termasuk insurans, cukai jalan dan kos pendaftaran.
Pilihan Warna Honda ADV160 (2026)
- Honda ADV160 ABS 2026 (versi standard): White (putih) dan Gray (kelabu)
- Honda ADV160 RoadSync (versi perdana): Brown (coklat) dan Matte Gray (kelabu kusam)
Bila Boleh Beli dan Dimana?
Kedua-dua varian akan berada di rangkaian pengedar Boon Siew Honda menerusi rangkaian Honda IMPIAN X bermula 11 Jun 2026.

Jaminan Honda ADV160 (2026)
Skuter Honda ADV160 edisi 2026 didatangkan dengan jaminan 2 tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dulu).
Boleh Lihat Secara Dekat di Malaysia Bike Show (Hall C)

Barisan skuter adventure terbaharu ini boleh dilihat secara dekat di ruang pameran BSH di Malaysia Bike Show 2026 dalam Dewan C. Model lain turut dipamerkan iaitu ADV350 dan ADV750 selain barisan produk lain.
Siri RoadSync 2026
Dengan pelancaran terbaharu ini bermaksud Boon Siew Honda sudah memiliki keluarga skuter adventure lengkap dengan ciri ketersambungan pintar untuk tiga model RoadSync iaitu ADV160, X-ADV 750 dan ADV350.
Apa itu RoadSync?
Skuter varian perdana (tertinggi) ADV160 RoadSync ada perubahan iaitu skrin meter digital penuh kini jenis TFT bersaiz 5 inci. Varian ABS (standard) masih menggunakan meter jenis LCD.
Panel meter instrumen TFT 5 inci ADV160 (varian perdana) menyokong fungsi Honda RoadSync. Konsol kiri kini dilengkapi set butang kawalan pelbagai fungsi untuk akses fungsi meter.
Dengan adanya Honda RoadSync, penunggang boleh menyambung telefon pintar mereka pada skuter Honda ADV160. Sambungan menggunakan Bluetooth ini membolehkan penunggang menggunakan akses:
- Navigasi jenis penunjuk arah-ke-arah (bukan paparan peta penuh)
- Menjawab panggilan, mendengar muzik dan melihat notifikasi masuk ke telefon mereka.
PERINCIAN HONDA ADV160 EDISI 2026
- Enjin eSP+ jenis satu silinder 4-lejang berkapasiti 156.9cc SOHC 4-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Output kuasa 11.8kW pada 8,500rpm dan tork 4.7Nm pada 6,500rpm.
- Kotak gear jenis CVT automatik dengan pacuan tali sawat,
- Sistem pencahayaan LED penuh.
- Soket USB Type-C dalam ruang simpanan (glove box).
- Menggunakan sistem tanpa kekunci pintar (keyless).
- Penghadang angin boleh laras dua tahap.
- Ada Honda Selectable Torque Control dan brek ABS untuk roda depan.
- Fork jenis teleskopik dan absober berkembar Showa dengan sub-tangki di belakang.
- Tinggi pelana 780mm.
- Panjang 1,950mm.
- Lebar 763mm.
- Tinggi 1,270mm (low: 1,196mm)
- Jarak roda 1,324mm.
- Jarak bumi 165mm.
- Berat kasar 133kg.
- Tangki minyak 8.1 liter.
- Tayar depan 110/80-14.
- Tayar belakang 130/70-13.
- Ciri lain termasuk Sistem Henti-Mula (ISS).
- Ada suis khas lampu suluhan tinggi (untuk versi RoadSync).
- Ruang simpanan bawah pelana sebesar 30 liter.
- 1 isian tangki minyak penuh boleh capai jarak sehingga 350km.







