MSB 2026: Mforce kuasai Hall A, bakal tempatkan lebih 20 jenama motosikal dalam satu dewan utama?

Mforce Bike Holdings (Mforce) akan bawa lebih 20 jenama motosikal dan skuter ke acara pameran motosikal terbesar Malaysia iaitu Malaysia Bike Show (MBS) 2026 bermula 29 Mei ini.

Poster hebahan yang disiarkan menerusi media sosial Mforce mendedahkan semua jenama baharu itu akan ditempatkan dalam satu dewan utama MAEPS iaitu Hall A.

Khabarnya, Hall A ibarat pameran dalam pameran utama kerana di situ akan berlangsungnya Mforce MotoXperience 2026 – satu acara yang pernah Mforce janjikan sebelum ini.

Kalau diteliti poster hebahan Mforce MotoXperience 2026, nampaknya ada beberapa jenama baharu yang mungkin diperkenalkan sempena MBS 2026.

Antara jenama baharu yang dimaksudkan ialah SWM, LETBE dan FB Mondial.

Belum ada pengumuman rasmi sama ada Mforce akan melancarkan tiga jenama baharu ini selain ZXMOTO di Malaysia.

Atau mungkin bawa model-model di bawah jenama SWM, LETBE dan FB Mondial untuk tontonan awal dan lancar kemudian hari?

Cerita tentang misi Mforce MotoXperience 2026 pernah kami laporkan kira-kira setahun lalu iaitu semasa Mforce tidak sertai Malaysia Autoshow 2025 seperti acara sama tahun sebelumnya.

Jadi, apa yang boleh dijangka daripada Mforce tahun ini di Maeps Serdang?

MForce pernah mengatakan mereka:

  • Bukan hanya mempamerkan motosikal yang sudah ada di pasaran.
  • Akan melancarkan lebih 10 model terbaru.
  • Ada pertunjukan prototaip motosikal yang akan dilancarkan dalam tempoh tiga tahun lagi.
  • Pelbagai aktiviti lain seperti pandu uji, pertunjukan stunt show serta kerjasama komuniti pemilik motosikal MForce.

Aktiviti Berkaitan: