
Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan pembukaan dua lagi cawangan premis Honda Big Wing di dua negeri di Utara Malaysia.
Ini menjadikan jumlah cawangan Honda Big Wing meningkat kepada sembilan premis berbanding tujuh (sebelum ini) di seluruh negara.
Dua pengedar baharu dilantik itu ialah:
- Sin Sum Sun Motor Sdn. Bhd. (Perai, Pulau Pinang)
- Thye Seng Motor Sdn. Bhd. (Sungai Petani, Kedah)
Kedua-dua premis itu dijangka memulakan operasi bermula separuh kedua 2026.



