QJMotor Tourino 250DX (2026): Jentera adventure touring China lancar di Indonesia

Satu lagi model motosikal yang nampak menarik ialah QJMOTOR Tourino 250DX (2026) yang diperkenalkan sempena Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) baru-baru ini.

QJMOTOR Tourino 250DX bukannya suatu jentera serba baharu kerana model ini ada kembar di pasaran global iaitu QJMOTOR SRT300. Pun begitu kedua-dua model ada sedikit perbezaan.

QJMOTOR Tourino 250DX dilihat ada potensi menarik minat pembeli disebabkan tiga elemen utama iaitu harga, rupa bentuk dan ciri yang ada pada model tersebut.

Harga diumumkan untuk QJMotor Tourino 250 DX ialah Rp 49,990,000 (RM11,565).

Perlu diakui…. bukan mudah untuk Tourino 250DX mencabar dominasi Honda CRF250 Rally. Namun tidak bermaksud model QJMOTOR itu tidak mengganggu ‘keselesaan’ Honda.

Ada yang mendakwa Tourino 250DX cuba mengikut rekaan Honda Africa Twin terutamanya membabitkan lampu utama berkembar jenis LED berbentuk bulat.

Ada juga teori mendakwa Tourino 250DX menerapkan gaya hampir sama dengan Africa Twin dengan aplikasi fairing separa, bentuk frem dan juga rim jejari.

Namun, dua model motosikal ini memiliki karakter tersendiri.

  • CRF250 Rally: Lebih ke arah motosikal dwi-kegunaan dan tiada masalah ke off-road.
  • Tourino 250 DX: Lebih fokus kepada jelajah kembar (adventure touring) tapi boleh layan off-road ringan.

CIRI MENARIK QJMOTOR TOURINO 250DX

  • Fork terbalik (USD) dengan monoshock multi-link
  • Sistem brek ABS depan belakang yang boleh dipadamkan
  • Sistem pencahayaan LED penuh
  • Tangki minyak 13 liter
  • Meter boleh disambung dengan telefon pintar

SPESIFIKASI QJMOTOR TOURINO 250DX

QJMOTOR Tourino 250DX
Enjin1 silinder, DOHC
Kapasiti249cc
Kuasa maksimum19kW @ 9,000rpm (25.5hp)
Tork maksimum21Nm @ 7,000rpm
Bore x Stroke72mm x 61.2.0mm
Nisbah mampatan-
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear6 kelajuan
Suspensi depanFork USD
Suspensi belakangMonoshock
Tayar depan90/90 - 19
Tayar belakang130/80 - 17
Brek depanCakera 300mm
Brek belakangCakera 260mm
Panjang2,180mm
Lebar935mm
Tinggi1,420mm
Jarak dari bumi225mm
Jarak roda1,400mm
Tinggi tempat duduk830mm
Tangki minyak13 liter
Berat152kg