Seperti dilaporkan tadi, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan siri skuter terbaru Yamana NVX edisi 2025 ke pasaran Malaysia.
Ada dua versi diperkenalkan iaitu Yamana NVX ABS (2025) dan Yamana NVX SP (2025) dan kru kami akan buat perbandingan dua siri skuter ini untuk melihat apa perbezaannya.
HARGA BADAN BEZA RM2,500!
Seperti diketahui, model Yamaha NVX (2025) didatangkan dengan tag harga lima angka untuk skuter premium itu. Ini adalah harga badan yang diumumkan dan tidak termasuk insurans, cukai jalan serta pendaftaran.
- Yamaha NVX ABS (2025): RM11,998
- Yamaha NVX SP (2025): RM14,498
HARGA EKSTRA RM2,500 DAPAT APA?
Apa beza Yamaha NVX SP (2025) dengan NVX ABS (2025)? Ini antara pertanyaan kami terima di Facebook. Jadi, mari kita lihat apa perbezaan dua varian ini.
Untuk model Yamaha NVX SP (2025), mereka yang membeli varian perdana akan diberikan 4 aksesori tambahan secara percuma dengan pembelian skuter premium ini. Ini adalah aksesorinya:
- Visor angin lut cahaya
- Winglet (aero kit depan)
- Braket nombor plet belakang
- Pelapik getah kaki dengan plet keluli tahan karat
NVX SP (2025) DAPAT TEKNOLOGI LEBIH CANGGIH?
Selain empat aksesori tambahan ini, ada perbezaan membabitkan teknologi sistem transmisi Yamaha NVX SP berbanding NVX ABS.
Yamaha NVX SP (2025) menggunakan transmisi YECVT (Yamaha Electric CVT) dengan tiga pilihan Y-Shift iaitu Low, 2 (Medium) dan 3 (High).
- YAMAHA NVX SP
- YAMAHA NVX ABS
- YAMAHA NVX SP
- YAMAHA NVX ABS
Dengan adanya Y-Shift, penunggang boleh tekan butang untuk mengubah pecutan skuter untuk lebih santai (naik turun bukit) atau laju (laluan lurus). Butang Y-Shift ada di konsol kiri.
Video di bawah ini ada menunjukkan bagaimana sistem YECVT berfungsi dan apa perbezaannya dengan CVT biasa.
APA LAGI NVX SP ADA BANDING NVX ABS?
Perbezaan Yamaha NVX SP (2025) tidak terbatas kepada kecanggihan sistem transmisi YECVT dan aksesori hiasan berbanding NVX ABS (2025). Ini tambahan lain:
- Skuter premium NVX SP menggunakan meter digital jenis TFT berbanding jenis LCD untuk NVX ABS.
- YAMAHA NVX SP
- YAMAHA NVX ABS
- Meter varian SP boleh bersambung dengan aplikasi Y-Connect dan ada sistem navigasi jenis Turn-by-Turn menggunakan bantuan Google Maps.
- Meter untuk NVX SP ada tiga jenis paparan
- NVX SP ada dua mod tunggangan iaitu Town dan Sport boleh tukar dengan tekan butang pada konsol kiri.
- NVX SP ada lampu signal henti kecemasan (ESS).
- Ciri keselamatan lain ialah NVX SP ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
ARTIKEL LAIN
- Yamaha Aerox Alpha Turbo dan Turbo Ultimate (2025) sudah lancar di Indonesia
- Yamaha Aerox Alpha CyberCity (2025) lancar dengan 2 warna Funky di Indonesia, harga RM9,371
- Yamaha Aerox Alpha Standard (2025) lancar di Indonesia dengan harga RM8,243













































