Ramai sudah tahu, BMW dalam misi membangunkan motosikal adventure kelas 450cc sejak beberapa tahun lalu.
Malah pengeluar motosikal Jerman itu pernah menunjukkan model konsep yang dinamakan sebagai BMW F 450 GS.
BMW F 450 GS sudah dibawa ke Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2024 di Itali. Tahun lepas, motosikal sama ada dipertontonkan di Bharat Mobility Global Expo 2025 di New Delhi, India.
Ketibaan di India bukan sekadar bahan tontonan pameran tetapi motosikal itu juga diuji di jalan raya dekat kilang TVS di Hosur, Tamil Nadu.
Tapi, model konsep BMW F 450 GS itu tak sama seperti model yang akan dilancarkan nanti.
Berdasarkan laporan, gambar-gambar dalam dokumen pendaftaran reka bentuk BMW F 450 GS di United Kingdom (UK) bocor sekali gus mendedahkan bentuk sebenar motosikal itu.
- BMW F 450 GS Concept
- BMW F 450 GS
Kalau dibandingkan gambar model konsep dan model difailkan di UK, banyak juga perbezaannya. Ini termasuk:
- Rim sport gantikan rim spokes (multi jejari). Saiz masih sama iaitu 19 inci untuk roda depan dan 17 inci untuk roda belakang.
- Eksoz berada di bawah enjin dan bukan memanjang keluar seperti model konsep.
- Kowl enjin nampak lebih ringkas berbanding kowl enjin model konsep.
- Madgad depan lebih panjang berbanding versi konsep.
- Tiada hand guard (gard tangan) dan ditambah cermin sisi. Ada juga lampu signal jenis capang.
- Paruh depan nampak lebih lembut berbanding model konsep.
- Visor angin (wind shield) dan kepala berbeza dengan model konsep.
- Pelindung rantai lebih panjang.
- Tempat duduk dua peringkat. Ada pemijak kaki untuk pembonceng.
Enjin BMW F 450 GS dipercayai 2-silinder 450cc dengan sistem penyejukan cecair, menghasilkan kuasa 48hp. Kotak gear jenis manual 6-kelajuan dengan klac Assist & Slipper.
PESAING BMW F 450 GS
- Triumph Speed 400
- Triumph Scrambler 400 X
- CFMoto 450MT
- Moto Morini Alltrhike
- Honda NX500
- KTM 390 Adventure











