Model kembara KTM 390 Adventure 2024 baru saja diperkenalkan untuk pasaran antarabangsa, dan kini ianya tampil dengan dua pilihan warna baharu yang lebih segar.
Di bahagian enjin, model tersebut masih mengekalkan spesifikasi yang sama iaitu bersesaran 373.2cc dengan padanan transmisi enam kelajuan.
Enjin dengan kelengkapan satu silinder itu menawarkan kuasa maksimum yang memuaskan, pada paras 44hp dengan tork maksimum 37Nm.
Untuk pasaran Malaysia, tidak pasti bilakah dua pilihan warna baharu ini akan ditawarkan, bagi menggantikan pilihan warna sedia ada di pasaran pada ketika ini.