Cyclone RT5 (2025): Skuter 250cc Paling Canggih, Ada Radar Blind Spot, Cermin Sisi Elektrik dan Tongkat Elektrik!

Zonsen sudah melancarkan skuter siri RT terbaru mereka iaitu Cyclone RT5 di China sekitar awal bulan ini. Ada tiga warna iaitu kelabu, perak dan hitam.

Menariknya, skuter terbaru 250cc ini didatangkan dengan banyak ciri baru dan menarik yang memberi lebih banyak kelebihan kepada Cyclone RT5 untuk terus berada di hadapan pesaingnya.

Apa yang Menarik Tentang Cyclone RT5?

Zonsen melengkapkan skuter ini dengan beberapa ciri dan komponen baru untuk memastikan Cyclone RT5 tiada masalah bersaing terutamanya dari Jepun.

Ini senarai ciri dan komponen baru yang ada pada Cyclone RT5:

  • Wajah depan mendapat sentuhan baru yang lebih moden dengan gaya sport
  • Lampu depan guna 4 projektor LED (quad lens)
  • Penghadang angin (windshield) boleh laras secara elektrik (tekan butang)
  • Cermin sisi boleh lipat menggunakan kuasa elektrik (tekan butang)
  • Tongkat berkembar boleh naik turun dengan tekan butang (elektrik)
  • Ada Sistem Pemantauan Titik Buta (Blind Spot) menggunakan sistem radar macam motosikal kuasa tinggi. Ada petunjuk segitiga kuning di cermin sisi macam kereta
  • Ada ciri pemanas tempat duduk dan grip bar hendal
  • Ada kamera pemuka (dashcam) depan-belakang
  • Ada sambungan TBOX dan sistem pemantauan tekanan angin dalam tayar (TPMS)
  • Ada Sistem Brek Antikunci (ABS) dan Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Tangki minyak 18 liter

Informasi terbaru menyatakan enjin XQ310 yang digunakan Cyclone RT5 adalah sama macam model RT3. Enjin ini dikatakan sudah digunakan selama enam generasi dan diyakini aspek ketahanannya.

SPESIFIKASI CYCLONE RT5 (2025)

Cyclone RT5 (2025)
Enjin1 silinder, DOHC 4-injap
Kapasiti247cc
Kuasa maksimum19.5kW @ 8,000rpm (hp)
Tork maksimum24.5Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke-
Nisbah mampatan-
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearautomatik CVT
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber berkembar
Tayar depan120/70 - 15
Tayar belakang140/60 - 14
Brek depanCakera
Brek belakangCakera
Panjang2,205 mm
Lebar767 mm
Tinggi1395 mm
Jarak dari bumi155 mm
Jarak roda1,545 mm
Tinggi tempat duduk755mm
Tangki minyak18 liter
Berat kasar199kg
Bonus- Lampu depan projektor LED
- Lampu belakang LED
- Ada Hazard Light
- Sistem brek ABS depan belakang
- Ada Traction Control
- Penghadang angin elektrik
- Tongkat berkembar elektrik
- Cermin sisi elektrik
- Kamera dashcam depan belakang, ada mod sentri
- Soket USB Type A dan Type C
- Ada TPMS
- Sistem kekunci keyless
- Pemanas grip tangan
- Pemanas pelana